KEK PISANG
▼
Friday, November 13, 2015
ROTI JALA & SERAWA DURIAN
ROTI JALA & SERAWA DURIAN
Oleh : zaralovebaking....
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 cawan susu segar
1 cawan air
1 biji telur gred B
1 sudu makan minyak jagung atau minyak masak
Sedikit pandan emulco
Secubit garam
Pewarna hijau (jangan banyak nanti tak sedap - saya terlebih sikit)
Cara-cara :
Campurkan kesemua bahan, kacau sehingga sebati. Blend atau tapis sehingga halus. Selepas itu boleh lah menjala. Buat sehingga siap...hidangkan bersama Serawa Durian atau sedap juga dihidangkan bersama kuah kari...
Bahan Serawa Durian :
1 cawan isi durian (saya guna puri durian yang dibeli di kedai bakery)
2 cawan santan sederhana pekat
1/2 cawan air
1 helai daun pandan (disimpul)
Gula Melaka/gula merah/gula pasir secukupnya atau ikut kemanisan yang diingini
Cara-cara :
Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Siap untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment