KEK PISANG
▼
Sunday, November 8, 2015
SAMBAL TELUR REBUS (BENTUK BUNGA ROS)
SAMBAL TELUR REBUS
by : zaralovebaking...
Bahan A :
5 biji telur (pecahkan di dalam acuan bunga ros yang disapu sedikit minyak & kukus sehingga masak)
1 labu bawang besar (dihiris gelang)
3 sudu besar sos tomato
2 batang serai (diketuk)
5 helai daun limau purut
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil gula
Garam & gula secukup rasa
Bahan B : (Dikisar)
20 tangkai cili kering
10 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Telur dipecahkan di dalam acuan bunga ros yang disapu dengan sedikit minyak, kukus sehingga masak (anggaran 15 minit), angkat dan keluarkan telur dari acuan. Masukkan telur tadi di dalam pinggan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bahan yang dikisar sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan sos tomato, garam dan gula. Kemudian kacau rata.
4. Masukkan bawang besar dan daun limau purut. Kacau rata sekali lagi.
5. Rasakan garam dan gula secukup rasa. Tuangkan sambal ke atas telur yang dikukus tadi.
6. Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment