KEK PISANG
▼
Sunday, December 13, 2015
AYAM MASAK KERUTUB
AYAM MASAK KERUTUB
sumber : Azie Kitchen (sangat sedap); thanks...
Bahan-bahan :
1 ekor ayam - dipotong ikut suka
Bahan Kisar :
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Bahan Lain :
4 sudu besar penuh rempah kerutub
5 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 batang serai - dititik
Asam keping
Sedikit kerisik
Kulit kayu manis, bunga lawang untuk menumis
Garam dan gula
Santan (boleh guna 1 atau 2 kotak)
Cara Memasak :
Panaskan minyak, masukkan bahan penumis, bahan yang dihiris dan bahan yang dikisar. Tumis sehingga wangi dan kering. (Boleh juga jika semua bahan dikisar sahaja tanpa dihiris).
Masukkan rempah kerutub yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata dan masukkan ayam serta sedikit santan. Masak dengan api perlahan sehingga air ayam kering dan santan naik minyak.
Masukkan serai dan santan selebihnya, kerisik, asam keping, garam dan gula. (Gula mesti lebih kerana kerutub mesti rasa manis sedikit). Sesuaikan kepekatan, rasanya dan angkat.
Masakan kerutub berwarna gelap dan berkuah agak pekat.
No comments:
Post a Comment