KEK PISANG
▼
Wednesday, December 23, 2015
AYAM MASAK MERAH
AYAM MASAK MERAH
sumber : Azie Kitchen ; thanks (sedap)...
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam - dipotong kecil, lumur garam + serbuk kunyit & goreng separuh masak
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu makan sos cili
60 ml santan
250 ml air
3 biji tomato - belah 4
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Kacang peas (optional - saya tak letak)
Bahan Kisar Halus :
4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15-20 tangkai cili kering - rebus sebentar & kisar
Bahan Hiris :
3 biji bawang besar holland
5 ulas bawang putih
2 cm halia - hiris menjadi 3 keping
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar halus dan gaul rata.
2. Selepas itu masukkan cili kering kisar dan sos cili. Tumiskan sampai pecah minyak. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang dah digoreng separuh masak tadi. (Jika ayam digoreng garing, ayam akan menjadi liat). Kacau rata dan biarkan seketika.
3. Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Selepas itu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.
4. Masukkan buah tomato dan garam secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati dan warna pun dah cantik, tutup api.
No comments:
Post a Comment