KEK PISANG
▼
Wednesday, December 23, 2015
CHURROS
CHURROS
sumber dari : YouTube...
Bahan-bahan :
1 cawan air
1 1/4 cawan tepung gandum
2 1/2 biji telur gred B - dikocok
1 sudu teh gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan mentega/marjerin
Bahan Salutan : (Gaul sebati)
1/2 cawan gula kastor
1 tsp serbuk kayu manis
Chocolate Ganache : (Double-boil)
100 gm coklat masakan Beryl
1/2 cawan susu segar/susu cair
Cara-cara :
1. Didihkan air, garam, gula dan mentega.
2. Apabila mendidih, kecilkan api dan masukkan tepung, kacau cepat-cepat dan tutup api. Pastikan tiada kelihatan tepung lagi.
3. Biarkan suam seketika. Masukkan telur sedikit demi sedikit, kacau sebati sehingga adunan kelihatan berkilat dan boleh dipaip.
4. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
5. Panaskan minyak. Paipkan adunan churros ke dalam minyak dan goreng sehingga kekuningan.
6. Setelah masak angkat, toskan minyak dan golekkan di dalam campuran gula halus dan serbuk kayu manis. (Juga sedap dicicah dengan sos coklat).
Nasib baru lepas buat zara..
ReplyDeleteTak lah terliur ;)