KEK PISANG
▼
Saturday, January 16, 2016
APPLE YOGURT MUFFIN
APPLE YOGURT MUFFIN
AROMA April 2013...
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 cawan gula kastor
75 gm mentega - cairkan
3/4 cawan plain yogurt
2 biji telur gred A/B
1 biji epal hijau - sagat halus
Topping : (Digaul sebati)
1 sudu besar gula perang
1 sudu teh serbuk kayu manis
Cara-Cara :
1. Ayak tepung, baking powder dan serbuk kayu manis.
2. Pukul mentega bersama gula, yogurt dan telur menggunakan garfu sampai sebati.
3. Masukkan bahan ayak dan epal hijau yang telah disagat dan kaupbalik hingga sebati. Jangan terlebih kaupbalik nanti muffin keras selepas dibakar.
4. Masukkan adunan dalam acuan muffin yang sesuai dan taburkan campuran gula perang dan serbuk kayu manis.
5. Bakar pada suhu 180'C selama 15-20 minit bergantung kepada saiz muffin.
(Yields : 16 biji)
No comments:
Post a Comment