KEK PISANG
▼
Sunday, January 17, 2016
AYAM MASAK SERAI
AYAM MASAK SERAI
sumber : yatiememories; thanks...
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam - dipotong-potong, cuci bersih & toskan
6 batang serai - di titik sehingga pecah bahagian bawahnya
2 keping asam gelugur @ asam keping
Garam secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya
Bahan Kisar :
6 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia
20 tangkai cili kering - dibuang biji & di rebus hingga lembut
Cara Memasak :
1. Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit dan digoreng separuh masak. Angkat ayam dan toskan minyaknya.
2. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga agak garing. Masukkan serai dan goreng lagi. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugur/keping dan goreng lagi sehingga serai kering. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk dihidangkan....
No comments:
Post a Comment