KEK PISANG
▼
Tuesday, January 19, 2016
NASI AYAM MUDAH
NASI AYAM MUDAH
sumber : Teratak Mutiara Kasih @ LinaPg ; thanks (sangat sedap)...
Bahan Sup :
1 ekor ayam dipotong 12, cuci bersih
1 sup bunjut Adabi
2 sudu besar mentega/minyak
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1/2 inci halia - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kiub pati ayam maggi/knorr
Cara-Cara :
1. Panaskan mentega/minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan tumbuk sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan ayam, kacau sebentar, untuk kecutkan ayam. Kemudian tambahkan air sehingga paras yang diinginkan (kena lebihkan dari sup biasa sebab nak gunakan untuk memasak nasi).
3. Masukkan sup bunjut dan kiub pati ayam. Masak sehingga ayam empuk.
Bahan Ayam :
12 ketul ayam (dari sup tadi)
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
Cara-cara :
1. Keluarkan ayam dari sup. Gaul sebati dan perap dengan semua bahan. (Perap selama 30 minit).
2. Gorengkan ayam secara deep fry. (Goreng sekejap sebab ayam sudah masak). Angkat dan toskan.
Bahan Nasi :
4 cawan beras
5 cawan sup
2 helai daun pandan - disimpul
Kunyit/pewarna kuning - jika suka
Sedikit mentega
Cara-cara :
1. Satukan kesemua bahan kecuali mentega. Masak seperti nasi biasa. Setelah nasi masak, buatkan 2 lubang pada nasi dan masukkan 2-3 sudu besar mentega ke dalamnya. Tutup semula dengan nasi. Akhir sekali kacau rata.
Bahan Kuah Kicap :
1 ulas bawang putih - tumbuk/cincang halus
1 cawan sup ayam
Lebihan jus perapan ayam (selepas goreng jangan buang bahan perapan ayam tadi)
Cara-cara :
1. Tumiskan bawang putih sehingga wangi, masukkan lebihan perapan ayam tadi. Tumiskan sekejap saja.
2. Masukkan/tambahkan 1 cawan sup ayam
3. Boleh ditambah kicap, sos tiram lagi (jika suka).
Bahan Sos :
1 ulas bawang putih *
1 ulas bawang merah *
5 biji lada merah *
1 biji tomato * - buang bijinya (* dikisar/blend) )
1 sudu besar cuka masakan
1 cawan sup ayam
Cara-cara :
1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan masak di atas api sekejap. Siap dihidangkan !!!
sungguh menyelerakan
ReplyDeleteTerima kasih adda syuhada..
ReplyDelete