KEK PISANG
▼
Saturday, January 9, 2016
AYAM GARO RICA (Masakan Padang vs Sunda)
AYAM GARO RICA (Masakan Padang vs Sunda)
sumber : Majalah SAJI Jan. 2016..(sedap)
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam - dibuang kulit & dipotong ikut suka
3 helai daun limau purut
1 sudu besar air limau nipis
1 batang serai - diketuk
6 helai daun limau purut - dihiris halus
Air secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Bahan Kisar :
5 tangkai cili padi
3 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji buah keras
Sedikit halia
Sedikit kunyit hidup
Sedikit gula merah
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Di dalam periuk, panaskan air, masukkan 3 helai daun limau purut, sedikit serbuk kunyit dan garam sehingga mendidih. Apabila mendidih, masukkan ayam dan rebus sehingga ayam empuk. Jangan sampai isi ayam hancur. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan. Ketepikan.
3. Di kuali lain, panaskan sedikit minyak. Tumiskan daun limau purut (6 helai) dan serai.
4. Diikuti dengan semua bahan kisar sehingga naik bau.
5. Masukkan gula, gula merah, air limau nipis dan garam secukup rasa. Kacau hingga masak sebati.
6. Kemudian gaulkan bersama ayam yang digoreng tadi hingga sebati. Tutup api dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment