KEK PISANG
▼
Saturday, January 16, 2016
CHOCOLATE CREME PUFF
CHOCOLATE CREME PUFF
Bahan-Bahan :
1 cawan air
1/2 cawan mentega, suhu bilik (anggaran 125 gm)
1 cawan tepung gandum - diayak
4 biji telur gred A/B
2 tbsp serbuk koko - diayak
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 200'C terlebih dulu. Gris loyang pembakar dengan sedikit mentega. Ketepikan.
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Kocok telur agar kuning dan putih telur bercampur sebati.
3. Masukkan air dan mentega di dalam periuk. Masak sehingga mendidih dengan api sederhana.
4. Bila sudah mendidih alihkan dari api kemudian masukkan kesemua tepung dan kacau cepat.
5. Panaskan semula dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk pada dasar periuk. Tutup api.
6. Tuangkan ke dalam mangkuk pengadun. Biarkan sejuk/suam kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit, kacau sepat-cepat hingga adunan nampak likat.
7. Masukkan adunan ke dalam piping bag yang diisikan dengan nozle pilihan. Paipkan ke atas loyang pembakar.
8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar pada suhu 200'C selama 15 minit kemudian turunkan suhu 180'C dan teruskan membakar selama 25 minit.
9. Untuk filling : 1 cawan Non-Dairy Fresh Cream dipukul sehingga kental kemudian gaulkan dengan sedikit jem pilihan (sekadar kaupbalik sahaja untuk mendapatkan efek/coral marble). Siap untuk dipaipkan ke dalam creme puff..
No comments:
Post a Comment