KEK PISANG
▼
Friday, January 15, 2016
DAGING GORENG HALIA
DAGING GORENG HALIA
Majalah rasa Jan. 2016..
300 gm daging batang pinang - hiris
3 ulas bawang putih - kisar
5 ulas bawang merah - kisar
5 cm halia - hiris keping
2 sudu makan sos tiram
1 tangkai cili merah - hiris
Sedikit daun bawang - hiris (saya tukar ke tomato belah 4)
Sedikit cuka masakan
Sedikit air
Gula secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Tumis bahan kisar dan hirisan halia sehingga naik bau.
2. Masukkan daging dan sedikit air. Biarkan seketika hingga daging empuk.
3. Masukkan cuka, gula dan sos tiram.
4. Akhir sekali masukkan tomato dan hirisan cili merah.
5. Biarkan seketika dan sedia dihidangkan...
Nota : Resipi ini tidak menggunkan garam kerana sos tiram sudah masin..
No comments:
Post a Comment