KEK PISANG
▼
Thursday, January 7, 2016
KUIH BINGKA PISANG
KUIH BINGKA PISANG
sumber : mamawandiha ; thanks...
Bahan-Bahan :
2 1/2 cawan pisang dilecek (pisang ikut citarasa, saya guna pisang emas)
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula pasir
2 cawan santan sederhana pekat (dari 1 biji kelapa)
2 biji telur A/B
1/4 sudu teh garam
2 sudu besar mentega - dicairkan
Bijan secukupnya
Cara-Cara :
1. Pukul ringan telur kemudian campurkan ke dalam santan berserta garam dan kacau seketika.
2. Dalam mangkuk yang besar, campurkan tepung gandum, tepung jagung serta gula dan kacau rata menggunakan whisk. Tuangkan larutan santan sedikit demi sedikit sambil digaul rata.
3. Masukkan pisang yang dilecek tadi, gaul sebati. Campurkan mentega cair dan gaul lagi sehingga betul-betul sebati.
4. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci persegi yang telah dilenser dengan mentega. Taburkan bijan secukupnya di atas permukaan kuih bingka.
5. Bakar pada suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak sepenuhnya menggunakan api atas bawah.
6. Jika menggunakan acuan bunga pecah 8, masukkan 1 sudu kecil mentega ke dalam acuan dan panaskan atas dapur sehingga mentega cair menggunakan api kecil. Tuangkan adunan kuih bingka sehingga penuh, taburkan bijan dan masak sekejap atas dapur gas selama 3 minit. Kemudian alihkan acuan ke dalam oven pada suhu 175'C dan bakar selama 50 minit sehingga masak sepenuhnya.
7. Sejukkan sehingga betul-betul sejuk sebelum dipotong. Hidangkan...
No comments:
Post a Comment