KEK PISANG
▼
Friday, January 8, 2016
BREAD & BUTTER PUDDING
BREAD & BUTTER PUDDING
sumber : seleraputeri ; thanks....
Bahan-Bahan :
1 bantal Roti Perancis - dipotong dadu atau dihiris
500 ml susu segar
250 gm UHT Whipping Cream
250 gm susu sejat @ susu cair
4 keping slice cheese (saya guna jenama Kraft Cheddar)
5 biji telur gred B
140 gm gula kastor
150 gm butter
1/2 cawan Aprikot kering - dihiris atau buah-bahan kering lain ikut citarasa
1/2 cawan blackcurrant atau kismis kuning
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara :
Panaskan susu segar di dalam periuk. (tidak perlu sampai mendidih sekadar panas saja). Masukkan whipping cream, susu sejat, cheese dan esen vanilla. Kacau sebati sehingga cheese tadi mencair. Tutup api. Di dalam bekas lain, campurkan gula dan telur. Pukul sekadar sebati dengan whisk tangan. Kemudian dengan perlahan-lahan tuangkan campuran susu yang telah dipanaskan tadi. Kacau sebati. Masukkan kepingan roti yang dipotong dadu tadi, blackcurrant dan aprikot kering, kacau rata. Biarkan seketika supaya roti menyerap dalam campuran susu tadi.
Griskan loyang berukuran 9 inci persegi/bulat dengan sedikit butter. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar secara "steam-bake" di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 180'C selama 20-30 minit sehingga masak sepenuhnya.
Tips : Enak dimakan bersama ice cream vanilla, sos salted caramel, whipped fresh cream dll...
No comments:
Post a Comment