KEK PISANG
▼
Wednesday, February 10, 2016
DAGING MASAK KURMA
DAGING MASAK KURMA
Bahan-Bahan :
400 gm daging batang pinang - dipotong
5 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
2 sudu makan rempah kurma
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 1/2 cawan air
2/3 cawan santan segar
2 biji ubi kentang - dibelah 4 setiap satu
1 biji tomato - dibelah 4
3 tangkai cili hijau - dibelah tanpa putus
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menulis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dihiris sehingga terbit bau harum.
2. Masukkan rempah kurma dan serbuk kunyit yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau.
3. Biarkan pecah minyak seketika dan masukkan daging, kacau rata. Masak seketika kemudian masukkan air.
4. Biarkan ia merenih sehingga mendidih dan masukkan ubi kentang.
5. Bila daging menjadi empuk dan kuah menjadi sedikit pekat, masukkan santan, garam dan sedikit gula, kacau. Masak lagi lebih kurang 5 minit dan masukkan tomato dan cili hijau. Masak sehingga kepekatan kuah yang diingini dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.
Tips : sekiranya kuah sudah terlebih pekat, bolehlah ditambah dengan sedikit air panas...
No comments:
Post a Comment