KEK PISANG
▼
Tuesday, February 9, 2016
PISANG GORENG CHEESE
PISANG GORENG CHEESE
sumber : yatiememories...
Bahan-Bahan :
Sesikat pisang nipah atau apa-apa jenis pisang - buang kulit & potong 2 jangan putus
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
5 sudu besar santan (saya guna susu segar jer)
Sedikit serbuk kunyit atau pewarna kuning
Secubit garam
1 sudu besar marjerin/2 sudu besar minyak
1 biji telur
1 3/4 cawan air
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara-Cara :
1. Cairkan marjerin, ketepikan dulu.
2. Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, pewarna kuning, baking powder, santan dan telur. Kacau rata.
3. Tuangkan marjerin cair, kacau sebati dan masukkan pisang.
4. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Goreng pisang sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
Bahan Sos & Topping :
1 sudu besar mentega
1 sudu besar susu pekat manis
Keju cheddar secukupnya - disagat halus
Chocolate rice (jika suka)
Cara-Cara :
1. Di dalam kuali yang bersih, cairkan mentega.
2. Tutup api bila mentega telah cair, tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju yang diparut (dalam 2 sudu besar), kacau rata.
3. Masukkan pisang yang telah siap digoreng tadi. Gaul rata.
4. Angkat pisang dan letakkan di atas pinggan hidangan yang sesuai.
5. Taburkan dengan keju cheddar yang telah disagat dan taburkan chocolate rice (jika suka).
Info : untuk sesikat pisang, yatie guna 1/2 adunan dari bahan-bahan di atas...
No comments:
Post a Comment