KEK PISANG
▼
Wednesday, February 24, 2016
POPIA GORENG BERINTI AYAM
POPIA GORENG BERINTI AYAM
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
200 gm ayam kisar
1 biji bawang besar - didadu
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 batang zucchini @ timun Jepun - sagat kasar
1/2 batang lobak merah - sagat kasar
1 bungkus kulit popia
Sedikit air
Garam & gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan lobak merah. Masak sehingga lobak merah sedikit empuk.
2. Masukkan zucchini, ayam kisar, garam dan sedikit lada hitam. Masakkan dalam 2-3 minit. Angkat dan sejukkan.
3. Ambil sekeping kulit popia dan letakkan inti secukupnya kemudian gulung sehingga kemas. Letakkan sedikit air dihujung kulit popia sebagai pelekat.
4. Gorengkan popia sehingga kekuningan. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos pilihan...
No comments:
Post a Comment