KEK PISANG
▼
Tuesday, March 15, 2016
BROWNIES KRIM KOPI GAJUS
BROWNIES KRIM KOPI GAJUS
sumber : Majalah 'Sedap' Mac 2016; (sedap & moist)...
Bahan-Bahan :
15 gm serbuk koko
75 gm coklat masakan hitam - dipotong
40 gm mentega tawar
50 gm mentega kacang
50 gm gula pasir/gula kastor
60 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
2 biji kuning telur gred A/B
2 biji putih telur
1/4 sudu teh garam halus
Bahan Taburan :
25 gm kacang gajus cincang kasar - sangai (saya guna badam cincang)
Bahan Ganache :
50 gm krim pekat (saya guna susu cair)
1/2 sudu teh kopi segera, larutkan dalam 2 sudu teh air panas
100 gm coklat masakan susu - dipotong
Cara Membuat :
1. Panaskan susu cair dan serbuk koko, kacau hingga larut. Masukkan potongan coklat masakan hitam, kacau hingga larut.
2. Masukkan mentega tawar, mentega kacang dan sebahagian gula pasir halus, kacau hingga larut dan angkat. Biarkan suam seketika. Kemudian masukkan kuning telur, kacau rata.
3. Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung gandum dan baking powder sambil dikacau rata, ketepikan.
4. Pukul putih telur dan garam sehingga setengah kembang. Masukkan baki gula pasir halus sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga kembang. Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung gandum sambil dikacau rata.
5. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 20x20cm tinggi 4cm yang telah disapu marjerin dan dilapisi kertas kalis minyak.
6. Bakar dengan api bawah pada suhu ketuhar 180'C selama 20 minit hingga masak.
7. Ganache : panaskan krim pekat dan larutan kopi, masukkan coklat masakan susu, kacau hingga larut, sejukkan dan pukul rata.
8. Sapukan di atas kek, taburkan kacang gajus cincang...
No comments:
Post a Comment