KEK PISANG
▼
Tuesday, March 1, 2016
KARIPAP ROTI
KARIPAP ROTI
sumber : buku resipi...
Bahan A : (Inti)
2 keping dada ayam - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan serbuk kari - dibancuh dengan sedikit air
3 biji kentang - dipotong dadu
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
Bahan B :
5 keping roti sandwic atau secukupnya
Telur putih - sebagai pelekat/gam
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali kemudian goreng isi ayam sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Tinggalkan kira-kira 1 sudu makan minyak masak tadi kemudian tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
3. Masukkan cili kisar dan bancuhan serbuk kari. Tumis sehingga wangi dan pecah minyak.
4. Masukkan kentang dan sedikit air, tutup atas kuali, masak sehingga kentang empuk. Perlu digaul selalu supaya bahagian bawah tidak hangit.
5. Perasakan dengan sedikit garam. Kemudian bolehlah diangkat dan sejukkan.
6. Sudukan inti ke atas roti yang sudah digelek/dicanai nipis. Tekap dengan acuan karipap. (Sapukan dengan sedikit telur putih agar inti karipap tidak terkeluar semasa menggoreng).
7. Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan. (Jangan goreng terlalu lama agar tidak terlalu menyerap minyak). Angkat dan toskan minyak.
No comments:
Post a Comment