KEK PISANG
▼
Saturday, March 26, 2016
KEK MANGGA AZLINA INA
KEK MANGGA
sumber : FB/Grup MAHN@Azlina Ina...
Bahan-Bahan :
3 biji telur gred A/B
1 sudu besar ovallette
3/4 cawan gula halus/kastor
Sedikit pewarna kuning
- Mix sampai kembang dan gebu.
- Sementara itu ayakkan..
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh cream of tartar
- Masukkan ke dalam bahan mix pes mangga sunquick 1 sudu besar dan puri mangga 2 sudu besar (jika suka).
- Mix sebati baru masukkan bahan tepung dan mix dalam 3 minit hingga sebati.
- Matikan mixer dan masukkan 5 sudu besar minyak masak/jagung dan kacau rata menggunakan senduk/sparula.
- Panaskan kukusan dan kukus dalam bekas aluminium foil 8inci x 4 inci selama 20 minit menggunakan api besar. Kalau loyang bersaiz 6 inci kukus selama 30 minit sehingga masak.
- Bila kek telah sejuk tuangkan cream cheese.
Bahan Cream Cheese :
250 gm cream cheese
1/2 cawan susu pekat
1/4 cawan whipping cream (UHT Anchor Dairy)
1/4 cawan susu cair
- Pukul semua bahan cream cheese sehingga sebati dan tiada berbintil kemudian tuangkan di atas kek dan sejukkan di dalam freezer selama 10 minit. Sementara itu sediakan pudingnya.
1 biji mangga
1 sudu besar serbuk gelatin halal
1/4 cawan air suam
- Mangga dikisar dengan sedikit air.
- Larutkan serbuk gelatin di dalam 1/4 cawan air suam, gaul sebati. Masukkan di dalam puri mangga yang dikisar tadi dan kacau rata.
- Tuangkan di atas cream cheese tadi, kalau nak tambah mangga kiub pun boleh atau hias ikut citarasa.
- Sejukkan selama 4 jam atau lebih...
No comments:
Post a Comment