KEK PISANG
▼
Sunday, March 6, 2016
SAMBAL TERUNG IKAN BILIS
SAMBAL TERUNG IKAN BILIS
sumber : buku masakan...
Bahan-Bahan :
1 biji terung ungu panjang
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu makan ikan bilis - cuci bersih & toskan
1 labu bawang besar - hiris
1 cawan minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan Tumbuk :
2 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Terung dipotong pendek dan dikelar tengah. Gaulkan terung dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak dan goreng terung sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Ikan bilis digoreng sehingga garing dan toskan. Kemudian ditumbuk sehingga hancur, ketepikan.
4. Asingkan separuh minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga naik minyak.
5. Masukkan terung, bawang besar dan garam. Kemudian kacau rata.
6. Akhir sekali taburkan dengan ikan bilis yang digoreng dan ditumbuk hancur tadi.
7. Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment