KEK PISANG
▼
Sunday, March 6, 2016
SAMBAL TUMIS TELUR PECAH
SAMBAL TUMIS TELUR PECAH
sumber : Dapur Tanpa Sempadan...
Bahan-Bahan :
5 biji telur gred B
1 biji bawang besar dihiris bulat & leraikan
3/4 sudu besar pes asam jawa
2 sudu besar cili kisar
1 cawan air
Garam & gula secukup rasa
Bahan Kisar Halus :
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan bakar
2 biji buah keras - ketuk
1/2 inci halia
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dalam kuali anggaran 1/3 cawan. Tumiskan bahan-bahan kisar halus sehingga berbau harum. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing dan naik minyak menggunakan api kecil dan dikacau selalu.
2. Tambahkan pes asam jawa, kacau dan tuangkan air. Kacau rata dan biarkan mendidih. Masukkan sedikit gula dan garam, kacau rata. Pecahkan telur sebiji demi sebiji dan masukkan ke dalam sambal tadi. Pastikan telur tidak bertindih diantara satu sama lain. Teruskan memasak dengan api kecil.
3. Bila telur telah mengeras, masukkan bawang besar. Kacau perlahan-lahan dan masak sehingga bawang layu. Sesuaikan rasa dan tutup api. Hidangkan...
No comments:
Post a Comment