KEK PISANG
▼
Monday, April 11, 2016
KARI AYAM
KARI AYAM
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam - dipotong kecil, cuci bersih & toskan
1/2 cawan minyak masak
1 paket kecil serbuk kari Babas (ayam ataupun daging)
1/2 sudu besar cili kisar (jika suka)
2 cawan santan dari 1/2 biji kelapa
1 biji ubi kentang - dipotong kiub
2 keping asam gelugur
Garam & gula secukup rasa
Bahan Tumis :
4 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan cili kisar. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, kentang, santan dan garam. Biarkan mendidih sehingga ayam dan kentang empuk/lembut. Akhir sekali masukkan asam gelugur.
4. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak.
5. Hidangkan bersama nasi dan lauk sampingannya...
No comments:
Post a Comment