KEK PISANG
▼
Monday, April 4, 2016
PUDING ROTI CINNAMON@KAYU MANIS
PUDING ROTI CINNAMON@KAYU MANIS
sumber : seripayaku; (serve : 4)
Bahan-Bahan :
4 keping roti putih
200 ml susu segar
2 biji telur saiz M (saya guna gred B)
2 1/2 sudu besar gula pasir
1 sudu teh serbuk kayu manis
2 sudu besar kismis
1 sudu besar mentega/marjerin - dicairkan
Sedikit esen vanilla
Hiasan untuk menikmati puding ikut citarasa
Cara-Cara :
1. Pukul telur dan gula sampai kembang. Masukkan mentega/marjerin cair dan susu segar. Gaul rata.
2. Masukkan serbuk kayu manis dan esen vanilla. Kacau sebati.
3. Carik-carik roti ke dalam adunan. Tenggelamkan roti-roti tersebut sampai terendam semua. Masukkan kismis, gaul lagi.
4. Panaskan oven pada suhu 170'C. Tuangkan adunan roti ke dalam acuan muffin (aluminium foil) yang telah dilenser dengan sedikit mentega/marjerin. (Jika ingin menggunakan loyang, guna yang kecil sebab adunan tidak banyak).
5. Bakar hingga masak/keperangan anggaran 20-25 minit.
6. Setelah sejuk, curahkan dengan Sos Kastad atau Chocolate Syrup Hershey's...
Nota : Saya panggangkan roti putih di dalam oven suhu 170'C anggaran 10-15 minit agar roti sedikit kering..tujuannya agar puding roti tidak terlalu lembut setelah dibakar...
Bahan Sos Kastad :
1/2 tin susu cair (200 ml)
1 sudu makan tepung kastad
1 sudu makan gula
1/2 sudu makan pati oren Sunquick
Cara-Cara :
1. Gaulkan semua bahan sos kastad dan masak di atas api yang sederhana kecil hingga sedikit pekat.
2. Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang.
sedapnyer...
ReplyDeletein shaa Allah akan dicuba ni... tq sis
ReplyDelete