KEK PISANG
▼
Sunday, April 3, 2016
PUDING SAGU GULA MELAKA
PUDING SAGU GULA MELAKA
sumber : buku resipi...
Bahan-Bahan :
2 cawan biji sagu putih
1 liter air (4 cawan)
1 helai daun pandan - disimpul
Pewarna kegemaran
Santan atau susu cair secukupnya
Cara-Cara :
1. Rendam biji sagu lebih kurang 1/2 jam kemudian toskan.
2. Didihkan air bersama daun pandan. Masukkan biji sagu, kacau sehingga biji sagu menjadi jernih. Tutup api.
3. Toskan biji sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk membuang kanjinya.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan dengan warna pilihan.
5. Masukkan biji sagu ke dalam loyang atau acuan kecil. Sejukkan.
Bahan Kuah Gula Melaka/Nipah :
1 ketul gula Melaka/Nipah - potong kecil-kecil
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
Cara-Cara :
Satukan kesemua bahan, masak sehingga gula larut dan pekat. Kemudian ditapis. Simpan di dalam peti ais untuk disejukkan.
Hidang puding sagu bersama santan atau susu cair dan tuangkan kuah gula Melaka/Nipah tadi. Enak dimakan sejuk-sejuk...
Utk brapa org makan ni
ReplyDelete