KEK PISANG
▼
Thursday, May 12, 2016
AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA
AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA
sumber : buku resipi...
Bahan-Bahan :
10 gm serbuk agar-agar (1 paket)
1 liter air (5 cawan)
1 cawan gula Melaka (dihiris untuk memudahkan gula cepat cair)
1 cawan gula halus (boleh kurangkan jika tidak suka manis)
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1 biji telur
Cara Membuat :
1. Masakkan serbuk agar-agar dengan air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula melaka dan gula halus. Biarkan mendidih sekali lagi.
3. Gaulkan telur dan santan sehingga sebati. Kemudian tapiskan.
4. Masukkan santan bersama telur tadi dan kacau. Biarkan mendidih seketika.
5. Angkat adunan dan tuangkan ke dalam acuan pilihan atau bersaiz 8" x 8" yang telah dibasahkan terlebih dulu. (tujuannya untuk memudahkan agar-agar keluar dari acuan).
6. Sejukkan dan potongkan semasa menghidang.
No comments:
Post a Comment