KEK PISANG
▼
Thursday, May 12, 2016
BUAH MELAKA @ ONDE-ONDE
BUAH MELAKA @ ONDE-ONDE
sumber : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
2 keping gula melaka - dipotong kiub kecil
1 cawan kelapa muda parut *
Sedikit garam * ( * digaul sebati )
1 cawan air atau secukupnya *
4 helai daun pandan * ( * kisarkan bersama & tapis ambil jusnya )
Cara-Cara :
1. Masukkan tepung pulut, tepung gandum ke dalam mangkuk.
2. Bancuhkan dengan air daun pandan sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh di gentel dan tidak melekat di tangan.
3. Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula membentuk bebola.
4. Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih. Apabila kuih/bebola timbul, bolehlah di angkat, toskan dan golekkan di dalam kelapa parut tadi.
TIPS : Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya. Jadi ia selamat untuk kanak-kanak dan warga emas.
No comments:
Post a Comment