KEK PISANG
▼
Wednesday, May 18, 2016
BUNCIS GORENG TELUR
BUNCIS GORENG TELUR
Bahan-Bahan :
28 batang kacang buncis (anggaran 1 paket) - cuci, toskan & hiris serong
1/2 batang lobak merah - dihiris memanjang
2 biji telur - dipukul sedikit
1 sudu teh sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air, jika perlu (anggaran 1/4 cawan)
Sedikit hirisan cili merah - untuk hiasan
Bahan Tumbuk Lumat/Kasar :
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu makan ikan bilis - bersihkan & rendam sekejap & toskan
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
Cara Memasak :
1. Hiris serong kacang buncis kemudian ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2-3 sudu besar). Tumis bahan-bahan tumbuk sehingga berbau harum menggunakan api kecil dan kacau selalu. Masukkan sos tiram dan kacau rata (tambah sedikit air jika perlu).
2. Masukkan lobak merah, kacang buncis, tambahkan garam secukup rasa dan masak sehingga sayur-sayuran lembut. Tuangkan telur di sekeliling sayur-sayuran tadi. Biarkan sekejap sehingga kelihatan pekat dan gaul rata-rata bersama sayur-sayuran. Masak sekejap, sesuaikan rasanya dan tutup api. Taburkan hirisan cili merah. Hidangkan...
No comments:
Post a Comment