KEK PISANG
▼
Wednesday, May 11, 2016
CHOCOLATE CREME PUFF
CHOCOLATE CREME PUFF
sumber : Azlita Masam Manis...
Bahan Pastri :
120 gm mentega
150 ml air (saya guna 1/2 air + 1/2 susu segar)
170 gm tepung gandum *
1 sudu besar serbuk koko * ( * diayak bersama)
5 biji telur gred B
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula kastor
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 220'C. Ayak tepung gandum dan serbuk koko, ketepikan dulu. Telur di kocok rata (guna garfu jer) dan ketepikan.
2. Satukan mentega, garam, gula, air dan susu di dalam periuk. Panaskan di atas dapur sehingga mendidih dan mentega larut, kacau rata. Tutup api, masukkan tepung dan serbuk koko tadi. Dengan segera kacau adunan sehingga sebati. Letakkan semula di atas dapur dengan api sederhana dan kacau sehingga keluar kepingan nipis di dasar periuk. Tutup api dan alihkan dari dapur.
3. Biarkan suam seketika. Kemudian masukkan pula telur yang dikocok tadi. Dengan segera, kacau rata sehingga adunan licin dan berkrim. Masukkan adunan ke dalam piping bag yang telah di letakkan nozle pilihan. Paip di atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak. Jarakkan di antara satu sama lain. Buat sehingga habis.
4. Masukkan ke dalam oven. Turunkan suhu kepada 210'C dan bakar selama 20 minit. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai.
Bahan Kastad : (citarasawan)
250 ml susu segar
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastad/jagung (saya guna tepung kastad)
1 biji kuning telur - dipukul sedikit
1/2 sudu besar marjerin
Sedikit esen vanilla (jika suka)
Sedikit pewarna kuning (jika suka)
Cara-Cara :
Satukan kesemua bahan kecuali marjerin. Masak sehingga agak likat. Masukkan marjerin, esen vanilla, sedikit pewarna kuning dan kacau sehingga pekat. Tutup api dan angkat. Sejukkan dahulu di dalam peti sejuk sebelum di paip ke dalam creme puffs. (Tutup permukaan kastad dengan plastik yang dilekapkan di atas permukaannya untuk mengelakkan ianya berkerak).
Cara Penyediaan :
Potong creme puff dan letakkan filling/bahan kastad di dalamnya. Taburkan dengan gula aising, coklat hershey dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment