KEK PISANG
▼
Tuesday, May 3, 2016
KEK PISANG@ BANANA CAKE
KEK PISANG@ BANANA CAKE
sumber : buku resipi...
Bahan-Bahan :
350 gm pisang emas - dilecek halus
340 gm tepung naik sendiri *
1 sudu kecil soda bikarbonat * ( * diayak bersama)
250 gm mentega
220 gm gula kastor
5 biji telur gred B
4 sudu besar susu cair
2 sudu kecil esen vanilla
Cara-Cara :
1. Putar mentega dan gula kastor hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan dipukul rata setiap kali dimasukkan telur.
3. Kemudian masukkan esen vanilla dan susu cair, pukul sebati.
4. Seterusnya, masukkan pisang dan dikacau rata.
5. Akhir sekali, kaup balikkan tepung hingga adunan cukup sebati menggunakan spatula.
6. Tuangkan adunan ke dalam dua tin lof yang dialas kertas minyak dan dilenser marjerin.
7. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 190'C selama 45-50 minit atau hingga masak.
No comments:
Post a Comment