KEK PISANG
▼
Saturday, June 25, 2016
AYAM MASAK KICAP
AYAM MASAK KICAP
Majalah RASA Jun 2016...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam - digaul garam kunyit & goreng hingga masak
4 sudu makan cili kisar
5 sudu makan kicap pekat
1 biji bawang besar - dimayang bulat
2 tangkai daun kari
1 biji cili merah - dipotong memanjang dan dibuang bijinya
1 keping asam gelugur
250 ml air - jika mahu berkuah, lebihkan air
Minyak untuk menumis
Serbuk perasa secukupnya
Bahan Kisar :
2 cm halia
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar bersaiz sederhana
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar, daun kari dan tumis lagi hingga terbit minyak dan agak garing.
3. Masukkan kicap secukupnya, air, asam gelugur dan sedikit serbuk perasa. Apabila mendidih, masukkan bawang besar, cili merah dan ayam yang digoreng tadi.
4. Gaul sekata hingga kuah menyaluti ayam dan bawang besar layu. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
No comments:
Post a Comment