KEK PISANG
▼
Saturday, June 25, 2016
HINTULU MASAK HABANG
HINTULU MASAK HABANG
(HIDANGAN SUNDA)
Majalah RASA Jun 2016...
Bahan-Bahan :
6 biji telur rebus - digoreng
1 kiub pati ayam
Garam & gula secukupnya
Sedikit air asam jawa
Minyak untuk menggoreng dan menumis secukupnya
Bahan Rempah Penumis :
1 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
Bahan Kisar :
10 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak secukupnya, tumis bahan rempah penumis hingga wangi.
2. Kemudian masukkan pula bahan kisar. Masak hingga wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan pati ayam, air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
4. Renehkan lebih kurang 2 minit atau hingga timbul minyak.
5. Sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment