KEK PISANG
▼
Tuesday, June 7, 2016
KUIH BAKAR KEMBOJA
KUIH BAKAR KEMBOJA
sumber 1 : Azlita Masam Manis &
sumber 2 : Amie's Little Kitchen...
Bahan-Bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
15 helai daun pandan (kisar bersama 1 cawan air, perah/tapis untuk dapatkan 1 cawan jus pandan)
4 biji telur gred A
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar minyak sapi - oleskan 1 sudu teh di dalam setiap acuan
Bijan secukupnya (tiada stok jadi ditukarkan kepada badam cincang)
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 200'C. Sediakan 4 biji acuan bahulu kemboja.
2. Kacau gula bersama telur sehingga gula larut.
3. Masukkan santan dan tepung ke dalam adunan telur dan adun sebati.
4. Tapiskan adunan supaya tepung tidak kelihatan berbintil.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar di dalam oven selama 10 minit.
6. Kemudian keluarkan acuan berisi adunan kuih tadi dan taburkan bijan secara merata di atasnya.
7. Masukkan kembali ke dalam oven dan sambung membakar selama 45-50 minit sehingga kuih masak dan berkerak
ADUNAN KUIH BAKAR KEMBOJA (untuk 1/2 adunan)
Bahan-Bahan :
120 gm tepung gandum
150 gm gula pasir
1 cawan santan pekat (santan kotak KARA + air jadikan 1 cawan)
7 helai daun pandan (kisar dengan 1/2 cawan air - perah/tapis untuk mendapatkan 1/2 cawan jus pandan)
2 biji telur gred A
Secubit garam
1 sudu besar minyak sapi atau butter
Bijan secukupnya
Sedikit pewarna hijau & pandan emulco (optional)
Acuan : 2 buah
Cara-cara membuat seperti di atas...
Info : Boleh dibakar di dalam oven atau bakar terus di atas dapur dengan acuan kemboja pecah 8. Jika bakar atas dapur, panaskan acuan dahulu dan letakkan minyak sapi atau butter dalam acuan.
No comments:
Post a Comment