KEK PISANG
▼
Thursday, June 9, 2016
KUIH BUAH MELAKA
KUIH BUAH MELAKA
Bahan-Bahan :
1 cawan tepung pulut
20 helai daun pandan - dikisar dengan sedikit air & diperah/tapis ambil jusnya
Gula Melaka secukupnya - dipotong kiub kecil sebagai inti
1/2 biji kelapa parut putih digaulkan dengan sedikit garam
Cara-Cara :
1. Masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk. Tuangkan air pandan sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
2. Kemudian ambil sedikit adunan doh, leperkan dan isikan gula melaka dan bentukkan seperti bebola.
3. Panaskan air bersama sehelai daun pandan, apabila mendidih masukkan bebola tadi dan tunggu ia timbul baru di angkat dan di golekkan/salutkan di dalam kelapa parut.
4. Sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment