KEK PISANG
▼
Sunday, June 12, 2016
MUFFIN TELUR JEJARI KETAM
MUFFIN TELUR JEJARI KETAM
Majalah RASA Januari 2016...
Bahan-Bahan :
6 batang jejari ketam - dipotong kecil (saya guna hotdog jer)
6 biji telur
120 gm lada benggala - dipotong dadu
250 ml susu segar
1/4 sudu teh serbuk lada putih
1/4 sudu teh garam
4 biji tomato ceri - di belah 4 setiap satu
Daun bawang & daun sup secukupnya - dihiris
12 cawan kertas
Cara-Cara :
1. Di dalam mangkuk, bancuh telur, susu segar, serbuk lada putih dan garam sehingga sebati. Tuangkan ke dalam cawan kertas yang di letakkan di dalam acuan muffin.
2. Masukkan hirisan jejari ketam, lada benggala, tomato ceri, daun bawang dan daun sup.
3. Bakar di dalam oven pada suhu 170'C selama 20-25 minit atau sehingga masak.
4. Sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment