KEK PISANG
▼
Saturday, June 11, 2016
PUTERI AYU CERIA
PUTERI AYU CERIA
sumber : kayumaniskorner563...
Bahan-Bahan :
3 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
2 sudu teh baking powder
1 sudu besar ovallete
Pewarna pilihan
Cara-Cara :
Pukul telur, gula dan ovallete sehingga gebu dan putih. Masukkan santan dan pukul sehingga berbuih, matikan mixer. Masukkan tepung yang sudah di ayak bersama baking powder menggunakan kaedah kaupbalik sehingga adunan sebati. Bahagikan kepada 3 bahagian. Letakkan pewarna pilihan pada setiap bahagian.
Bahan Inti :
1 biji kelapa parut putih
3 sudu besar tepung ubi
Sedikit garam
Cara-Cara :
Gaulkan kesemua bahan di atas sehingga sebati. Masukkan ke dalam acuan yang telah dilenser dengan sedikit minyak, tekankan padat-padat supaya dapat bentuk yang cantik. Masukkan adunan tepung secara bergilir-gilir warnanya. Kukus dengan api sederhana selama 8-10 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment