KEK PISANG
▼
Saturday, June 11, 2016
AYAM MASAK KICAP
AYAM MASAK KICAP
Majalah RASA Jun 2016...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam - digaul garam kunyit & digoreng sehingga masak
4 sudu besar cili kisar
5 sudu besar kicap pekat
1 biji bawang besar - dimayang bulat
2 tangkai daun kari - lurutkan
1 biji cili merah - dipotong memanjang & dibuang bijinya
1 keping asam gelugur
250 ml air - jika mahu berkuah, lebihkan air
Minyak untuk menumis
Serbuk perasa secukupnya
Bahan Kisar :
2 cm halia
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar bersaiz sederhana
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan cili kisar, daun kari dan tumiskan lagi sehingga terbit minyak dan agak garing.
3. Masukkan kicap secukupnya, air, asam gelugur dan sedikit serbuk perasa. Apabila mendidih, masukkan bawang besar, cili merah dan ayam yang digoreng tadi.
4. Gaulkan sekata sehingga kuah menyaluti ayam dan bawang besar layu. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
No comments:
Post a Comment