KEK PISANG
▼
Sunday, June 19, 2016
NASI MINYAK PANDAN BADAM
NASI MINYAK PANDAN BADAM
Majalah RASA Jun 2016 @ Suwarsi M. Arukin...
Bahan-Bahan :
2 cawan beras basmathi - cuci bersih, rendam selama 30 minit & toskan
2 cawan air perahan daun pandan - 4 helai daun pandan + 2 cawan air = kisar & tapis ambil jusnya
1 cawan susu cair
3 sudu besar serbuk badam
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar mentega
1 helai daun pandan - siat & simpul
Garam secukup rasa
Hirisan badam sangai secukupnya - untuk hiasan
Bahan Tumis :
1 labu bawang besar saiz sederhana - dimayang
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak sapi dan mentega di dalam periuk nasi letrik. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan beras, susu cair, air perahan pandan, serbuk badam, garam secukup rasa dan simpulan daun pandan. Kacau rata.
3. Didihkan nasi dan biarkan masak sepenuhnya.
4. Apabila nasi telah masak, tabur dengan badam yang telah di sangai secukupnya.
5. Angkat dan sedia dinikmati...
No comments:
Post a Comment