KEK PISANG
▼
Saturday, June 18, 2016
RENDANG DAGING SIMPLE YANG SEDAP
RENDANG DAGING SIMPLE
sumber : Teratak Mutiara Kasih @ LinaPg...
Bahan-Bahan :
1/2 kg. daging pejal (saya guna daging batang pinang) ; dipotong ikut citarasa
1/2 kg. santan pekat
4 labu bawang besar *
6 ulas bawang putih *
6 ulas bawang merah *
2 inci halia *
2 inci lengkuas * ( * dikisar )
10 batang serai (4 batang dikisar sementara 6 batang lagi di ketuk/titik)
15 tangkai cili kering (dikisar) atau 4 sudu makan cili giling puteri
2 peket kerisik (1 peket 40 gm)
1 sudu teh serbuk kunyit
1 helai daun kunyit - diracik halus
2 keping asam gelugur/keping
Garam & gula secukupnya (saya juga guna 1 sudu besar gula merah)
Cara Membuat :
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali (saya guna periuk pemanggang ajaib), tumiskan bahan kisar dan serai ketuk/titik. Masukkan cili giling, serbuk kunyit dan gula merah. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging, gaul sebati dengan bahan tumisan sehingga daging kecut sedikit.
3. Masukkan santan, kerisik, asam keping dan sedikit garam (2 sudu teh garam).
4. Biarkan rendang mereneh sehingga pecah minyak dengan menggunakan api kecil sahaja dan periuk bertutup. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan rendang hangit.
5. Bila rendang hampir masak, masukkan daun kunyit yang diracik tadi. Sesuaikan rasanya dan tutup api.
6. Sedia dinikmati bersama nasi putih/minyak, nasi impit dll...
No comments:
Post a Comment