KEK PISANG
▼
Sunday, June 5, 2016
SAMBAL SARDIN
SAMBAL SARDIN
sumber : buku masakan...
Bahan A :
1 tin besar sardin
3 sudu besar sos tomato
2 biji tomato - dibelah 4 setiap satu
1 labu bawang besar - dihiris kasar
5 biji limau kasturi - diambil jusnya
3 sudu besar minyak masak atau secukupnya
Sedikit hirisan daun bawang (jika suka)
Garam secukup rasa
Bahan B :
15 tangkai cili kering - dipotong, buang biji (jika tidak suka pedas) & direbus seketika
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan sardin, bawang besar dan sos tomato. Kemudian kacau rata.
3. Masukkan buah tomato dan kacau rata.
4. Tutup api dan masukkan jus limau.
5. Taburkan dengan sedikit hirisan daun bawang (jika guna) dan sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment