KEK PISANG
▼
Friday, June 17, 2016
SPAGETI LAGI!!!!
FETTUCINI GORENG TUNA CILI KERING
Majalah Sedap Bil. 93/Mac 2016...
Bahan-Bahan :
200 gm fettucini, rebus (saya guna spageti jer)
1 tin tuna dalam tin, tuskan
100 gm kacang pis (saya guna tomato ceri anggaran 8 biji dibelah 2 setiap satu)
1 labu bawang besar, hiris memanjang
3 ulas bawang putih, cincang
4 biji cili kering, cincang kasar (boleh juga guna cili flakes)
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh kicap masin
3/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
100 ml air
2 tangkai daun bawang, hiris
1 sudu makan minyak bijan untuk menumis
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak bijan, tumis bawang besar dan bawang putih hingga terbit aroma.
2. Masukkan fettucini, tuna dan kacang pis, kacau rata.
3. Masukkan cili kering, sos tiram, kicap masin, garam dan serbuk lada sulah, kacau rata.
4. Tuangkan air, kacau hingga masak. Masukkan daun bawang, kacau seketika lalu diangkat.
5. Hidangkan...
No comments:
Post a Comment