KEK PISANG
▼
Friday, July 8, 2016
AYAM MASAK MERAH
AYAM MASAK MERAH
zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam - dipotong kecil, bersihkan & bubuh serbuk kunyit, garam & digoreng 1/2 masak
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 batang serai - di titik
Garam, gula & serbuk pati ayam secukupnya
Minyak untuk menggoreng & menumis
Bahan Kisar :
15 tangkai cili kering - direbus seketika untuk memudahkan proses mengisar
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 batang serai - dipotong-potong terlebih dulu
4 biji tomato
Bahan Hiasan :
1 biji bawang besar - hiris bulat & leraikan
1 pokok daun bawang - dipotong 1 cm
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan penumis (kulit kayu manis, bunga lawang) dan bahan-bahan kisar serta serai sehingga garing dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, ayam yang digoreng tadi, bawang besar, garam, gula dan serbuk pati ayam secukup rasa.
3. Gaulkan sebati. Apabila telah kering bolehlah di angkat ke dalam pinggan hidangan dan taburkan/hiaskan dengan hirisan daun bawang...
No comments:
Post a Comment