KEK PISANG
▼
Wednesday, July 13, 2016
CHEESE MUFFIN@MUFFIN KEJU
CHEESE MUFFIN@MUFFIN KEJU
sumber : buku resipi 'Dari Dapur CT Delima'...
Bahan Kering : (11 pcs)
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
4 sudu besar gula kastor
1 sudu teh garam
Bahan Basah :
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar/susu cair/buttermilk (saya guna buttermilk, muffin lagi lembap@lembut)
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak
1/2 cawan cheddar cheese - diparut
Cara-Cara :
1. Ayak bahan kering : tepung gandum, baking powder, gula kastor dan garam. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk lain, campurkan bahan basah : telur, susu dan minyak. Pukul dengan hand whisk sekejap sahaja sekadar bercampur. Tidak perlu sehingga kembang.
3. Tuangkan campuran telur yang dipukul tadi ke campuran tepung dan gaul rata. Tidak perlu gaul lama sangat sekadar bercampur saja.
4. Kemudian masukkan keju parut dan gaul lagi sehingga tercampur rata.
5. Sudukan adunan ke dalam acuan muffin yang sudah diglis dengan sedikit butter dan ditabur sedikit tepung. (Boleh juga kalau nak letakkan di dalam papercup isi 3/4 penuh. Taburkan sedikit parutan cheddar cheese di atasnya jika suka).
6. Panaskan oven 180'C - 200'C. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga muffin masak.
No comments:
Post a Comment