KEK PISANG
▼
Wednesday, July 13, 2016
MARBLE JAPANESE COTTON CHEESECAKE
MARBLE JAPANESE COTTON CHEESECAKE
sumber : MyBakingWorkshop...
Bahan A :
160 gm cream cheese
25 gm butter
120 gm full cream milk
Bahan B :
40 gm tepung kek/gandum
30 gm tepung jagung
Bahan C :
4 biji kuning telur (saya guna gred B)
Bahan D :
4 biji putih telur
1/8 sudu teh cream of tartar
100 gm gula kastor
Secubit garam
Bahan E :
1 sudu besar serbuk koko
1 1/2 sudu besar air panas (tambah jika kurang)
# Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci (20 cm). Griskan permukaannya dan alaskan dengan kertas minyak kemudian balutkan loyang tadi dengan kertas aluminium. Ketepikan.
Cara-Cara :
1. Masak bahan A menggunakan kaedah double boiler sehingga cheese cair dan pekat. Tutupkan api.
2. Masukkan bahan B, gaul sebati.
3. Masukkan pula bahan C.
4. Gaul sebati adunan cheese tadi sehingga sebati, ketepikan seketika.
5. Pukul bahan D sehingga pekat dan bertanduk.
6. Masukkan adunan cream cheese tadi secara berperingkat-peringkat (3 kali), gaul sebati menggunakan spatula secara perlahan.
7. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang yang telah disediakan.
8. Satukan bahan E, tuangkan sedikit demi sedikit ke atas kek dan lorekkan untuk membentuk corak marble. Taburkan badam keping jika suka.
9. Bakar kek guna kaedah 'water-bath'@'bain-marie' selama 40-45 minit atau sehingga kek masak pada suhu 160'C, menggunakan api bawah sahaja.
10. Bila kek masak, segera keluarkan dari acuan dan sejukkan sepenuhnya. Hiaskan jika suka.
Cooling Process :
1. Untuk memastikan kek nampak cantik dan tidak kecut, segera alihkan kek dari loyang dan sejukkan di atas wire rack.
2. Potong kek bila sudah sejuk sahaja.
No comments:
Post a Comment