KEK PISANG
▼
Friday, July 1, 2016
NASI AYAM KARAMEL
NASI AYAM KARAMEL
sumber : Surianti Ramli@jendeladapursurianti.blogspot...
Bahan Ayam Karamel :
1 ekor ayam (dipotong kecil atau dibiarkan seekor)
2 senduk gula pasir
5 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 inci halia - ditumbuk halus
1 helai daun pandan - disimpul
Secubit garam
Air secukupnya (agak-agak tenggelam ayam)
Cara-Cara :
Masukkan gula pasir di dalam periuk dan nyalakan api. Masak sehingga gula cair dan menjadi perang (karamel). Tambahkan air, bawang putih, halia, daun pandan, garam serta ayam. Rebus sehingga ayam masak. Tutupkan api dan biarkan ayam terendam di dalamnya (anggaran 2-3 jam).
Panaskan minyak, gorengkan ayam sekejap, tidak perlu lama kerana ayam telah pun masak sewaktu di rebus tadi.
Bahan Kicap :
1 cawan air rebusan ayam karamel
1/4 cawan kicap atau secukupnya (anggaran)
1 sudu kecil sos tiram
Cara-Cara :
Masak sekejap di atas api sehingga mendidih.
Bahan Sos Cili :
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tomato
1/2 inci halia
1 sudu kecil cuka masakan
Garam & gula secukup rasa
Cara-Cara :
Satukan kesemua bahan di atas (kecuali garam & gula), kisarkan sehingga halus. Masak di atas api sehingga mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Bahan Nasi :
4 pot beras - dicuci bersih & ditoskan (saya rendamkan seketika anggaran 20 minit)
5 ulas bawang putih - dikisar halus
1 labu bawang besar - dikisar halus
1 kiub pati ayam
Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 4 kuntum cengkih & 4 biji pelaga)
1 helai daun pandan - disimpul
2 sudu besar mentega
1 sudu teh serbuk kunyit (optional)
5 1/2 cawan air rebusan ayam
Garam secukupnya
* Sukatan air mengikut jenis beras masing-masing, beras kami juga jenis keras.
Cara-Cara :
Masukkan kesemuanya di dalam periuk nasi letrik dan masak seperti memasak nasi biasa. Siap. (Cara Sue memasak nasi ayam memang tidak menumis, hasilnya sama seperti kita tumis juga...saya juga ikut cara Sue)...
Bahan Sampingan Lain :
Sup ayam
Sayur yang bersesuaian seperti daun salad, timun, buah tomato atau kobis
No comments:
Post a Comment