KEK PISANG
▼
Friday, July 1, 2016
POPIA NESTUM
1) BISKUT POPIA NESTUM
sumber : citarasawan & di FB...
Bahan-Bahan :
1 bungkus besar popia
Lidi sate untuk menggulung
Telur sebagai bahan pelekat
Minyak masak untuk menggoreng
1/2 cawan Horlicks
1/2 cawan gula - dikisar halus
1 cawan Nestum - dikisar halus
Cara Membuat :
1. Gulung kulit popia menggunakan lidi sate, tinggalkan dalam 1-2cm untuk lekatkan dengan telur. Buat hingga habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengelakkannya mengering dan susah dipotong.
2. Panaskan minyak secukupnya. Sementara itu potong kulit popia yang telah digulung secara serong dengan gunting/pisau tajam jarak 1-2cm.
3. Goreng potongan kulit popia dengan api kecil sehingga garing kekuningan. Angkat dan toskan minyak pada kertas tisu.
4. Setelah popia goreng sejuk pada suhu bilik, taburkan dengan Horlicsk, gula dan Nestum kisar. Gaul sehingga rata dan mesra. Simpan di dalam bekas kedap udara.
2) POPIA NESTUM
sumber : airtanganku.blogspot...
Bahan-Bahan :
1 bungkus popia saiz lebar
1/2 cawan Nestum - kisar halus
1/2 cawan gula aising
1 cawan susu tepung (saya guna jenama Nespray)
1 peket Horlick 3 in 1
1 sudu besar tepung gandum + sedikit air (bancuh untuk dijadikan sebagai pelekat)
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara Membuat :
Cara membuat sama seperti di atas. Cuma biarkan beberapa jam selepas dipotong, barulah digoreng. Sebab ada terbaca, kalau simpan 24 jam lagi rangup. Boleh juga terus digoreng. Bila popia dah agak suam, taburkan dengan bahan serbuk ke atasnya, gaul sebati (Nestum + gula + susu + Horlicks)...
No comments:
Post a Comment