KEK PISANG
▼
Wednesday, August 3, 2016
BOMBAY TOAST
BOMBAY TOAST A.K.A. FRENCH TOAST
sumber : Majalah 'SAJI' Julai 2015...
Bahan A :
4 biji telur
250 gm susu segar
50 gm susu pekat manis (boleh tambah ikut citarasa)
Secubit garam
Bahan B :
10 keping roti
Bahan C :
Marjerin secukupnya
Cara Membuat :
1. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan kesemua bahan A. Pukul rata menggunakan "hand whisk".
2. Panaskan kuali yang leper/rata menggunakan api perlahan, sapukan dengan sedikit bahan C (marjerin).
3. Ambil sekeping roti, celupkan di dalam adunan telur tadi (langkah 1). Letakkan di atas kuali leper/rata yang di lengser dengan marjerin tadi. Panggang hingga kedua-dua bahagian bertukar warna keperangan. Angkat dan buat yang lain pula sehingga habis.
4. Hidangkan bersama serikaya, sos coklat, jem pilihan atau makan begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment