KEK PISANG
▼
Tuesday, August 2, 2016
KEK SIFON ZEBRA
BASIC KEK SIFON
sumber : Majalah 'Sedap' Ogos 2016...
Bahan-Bahan :
125 gm tepung gandum
25 gm gula pasir halus@gula kastor
90 gm minyak masak atau minyak jagung
85 ml susu cair
5 biji kuning telur gred B
5 biji putih telur
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh krim tartar
125 gm gula pasir (saya guna gula kastor jer)
Cara Membuat :
1. Ayak tepung gandum, masukkan gula pasir halus dan kacau rata.
2. Campurkan minyak masak dan susu cair, kacau rata.
3. Tuangkan ke dalam campuran tepung gandum sambil dikacau rata.
4. Masukkan kuning telur, kacau rata dan ketepikan.
5. Sementara itu, pukul putih telur, garam dan krim tartar sehingga setengah kembang.
6. Masukkan gula pasir sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga kembang. (Untuk mengetahui putih telur sudah kembang, colek putih telur dengan jari atau spatula. Bahagian hujung putih telur perlu melengkung).
7. Tuangkan adunan putih telur ke dalam campuran tepung gandum sambil dikacau perlahan.
8. Tuangkan adunan ke dalam loyang sifon bersaiz 9 inci/22 cm tanpa disapu/digris.
9. Bakar dengan api bawah ketuhar suhu 170'C selama 50 minit sehingga masak. Dengan segera terbalikkan di leher botol. Sejukkan seketika dan keluarkan kek dari loyang...
INFO : untuk mendapatkan corak marble (KEK SIFON ZEBRA) :
Ambil atau asingkan 200 gm adunan dasar kek sifon, masukkan 1/2 sudu teh pes coklat@chocolate emulco dan kacau rata. Satu bahagian lagi biarkan putih/asal. Tuangkan adunan coklat berselang-seli dengan putih ke dalam loyang sifon...
No comments:
Post a Comment