KEK PISANG
▼
Monday, August 1, 2016
SAMBAL CILI API AYAM GORENG & KENTANG
SAMBAL CILI API AYAM GORENG
& KENTANG
sumber : FB : Resepi Sedap...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam - potong ikut suka, cuci & toskan
4 biji kentang - kupas kulit & potong wedges
2 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 biji cili merah - tumbuk
20 tangkai cili padi - tumbuk
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak :
1. Ayam dilumurkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng ayam dan kentang sehingga garing, angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang besar sehingga layu, kemudian masukkan bahan tumbuk, masak sehingga naik bau.
3. Masukkan garam secukup rasa, gaul sebati.
4. Akhir sekali masukkan ayam dan ketang yang digoreng tadi, gaul rata dan sebati.
5. Sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment