KEK PISANG
▼
Monday, August 29, 2016
CREPE DURIAN
CREPE DURIAN
sumber : FB/MAHN...
Bahan Kulit :
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar gula pasir/gula kastor
secubit garam
1 cawan susu segar
2 biji telur gred A/B
5 sudu besar air (kena agak-agak, kalau pekat tambah lagi sedikit air)
2 sudu besar minyak masak/minyak jagung
Pewarna kuning
Cara-Cara :
Campurkan kesemua bahan di atas, masukkan ke dalam blender dan blend sehingga halus. Setelah siap diblender, tapiskan. Panaskan non-stick pan, sapukan sedikit minyak menggunakan tisu dapur kemudian tuangkan adunan anggaran 1 senduk dan lenggangkan menggunakan api kecil. Biarkan seketika dan angkat, tidak perlu diterbalikkan. Buat sehingga habis kesemua adunan.
Bahan Inti :
Whipping cream jenama Pride Value secukupnya
Isi durian segar secukupnya - dilecek
- Putar whipping cream sampai kental, bertanduk (letakkan di dalam peti ais sekejap), sedia untuk digunakan.
Cara Penyediaan :
Ambil sekeping kulit letakkan whipping cream, atasnya letakkan isi durian dan diikuti dengan whipping cream kemudian lipat bentuk empatsegi. Sejukkan di dalam peti sejuk.
No comments:
Post a Comment