KEK PISANG
▼
Monday, September 26, 2016
AYAM MASAK HALIA
AYAM MASAK HALIA
buku masakan Ruzita's Kitchen...
Bahan-Bahan :
400 gm ayam - potong sederhana
100 gm halia - hiris memanjang
3 ulas bawang putih - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
1 biji tomato - belah 4
1 sudu besar sos tiram
1 biji cili merah - hiris
1 biji bawang besar - belah 4
Minyak untuk menggoreng ayam
Garam & gula secukupnya
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak. Sapukan garam pada ayam rata-rata. Goreng hingga masak.
2. Dalam kuali lain, tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan halia dan sos tiram, kacau rata.
4. Masukkan tomato, cili merah dan bawang besar. Masukkan garam dan gula.
5. Masukkan ayam dan kacau rata.
6. Sedia untuk dihidang...
No comments:
Post a Comment